Wednesday, February 16, 2011

Billionaires Malaysia 2010


Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya di Malaysia untuk tahun 2010 dengan anggaran kekayaan masing-masing:

1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76b
2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b

Jumlah kekayaan 40 individu tersebut meningkat berbanding tahun lalu, namun masih belum setinggi tahun 2008 sebanyak RM171.9 billion. Untuk tahun 2010, direkodkan, jumlah kekayaan terkumpul untuk 40 individiu tersebut ialah RM156.7 billion.

Lima muka baru dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun.

Kekayaan 40 teratas itu dinilai berdasarkan kepada nilai saham mereka di dalam syarikat yang tersenarai pada 15 Januari yang lalu. Berita asal daripada BERNAMA

No comments: